Sunday, November 21, 2010

REMOTE SENSING / PENDERIAAN JARAK JAUH

NOTA DARI NOTAPISMP

A. DEFINISI 'REMOTE SENSING' / PENDERIAAN JARAK JAUH

Nota tambahan daripada ......
SHARIFAH MASTURA S.A.
Jabatan Geografi
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan

DEFINISI (2) PENDERIAAN JARAK JAUH

Pengumpulan maklumat berdigit mengenai sesuatu objek tanpa
penyentuhan secara fizikal. Melibatkan pengukuran dan perekodan tenaga
elektro-magnetik yang dibalikkan atau dipancarkan oleh permukaan bumi dan
atmosfera dengan menggunakan penderiaan.




B, SEGALA-GALANYA MENGENAI REMOTE SENSING (KLIL PADA GAMBAR)



C. KONSEP ASAS 'REMOTE SENSING'



D. KONSEP 'REMOTE SENSING' DALAM PERTANIAN




TEKNOLOGI HIJAU

Hijau


KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR


Definisi Tenaga Hijau
Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria 

  •  Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua 
  • Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
  • Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Teknologi Hijau diyakini boleh mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli, meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan, memelihara ekosistem, serta bebanan kos kepada kerajaan di dalam usaha menangani kesan negatif daripada pembangunan dan berperanan sebagai alternatif dalam usaha meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan alam sekitar.

Huraian lanjut seperti link yang di atas
  • Polisi yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan
  • Menyediakan persekitaran teknologi hijau yang kondusif
  • Memeperkukuhkan pembangunan modal insan dalam teknologi hijau
  • Penggiatan penyelidikan dan inovasi teknologi hijau
  • Sektor tenaga 
  • Sektor pembangunan air dan sisa
  • Sektor pengangkutan
  • Sektor pembangunan
Sumbangan anda?

Thursday, June 24, 2010

TRAGEDI 13 MEI




TRAGEDI 13 MEI


Tragedi 13 Mei kalau dibincangkan secara umum memanglah agak rumit dan mungkin amat sensitif. Tetapi itulah hakikat yang telah berlaku lebih 40 tahun yang lampau. Tidak mustahil jika perkara ini akan berulang lagi apatah lagi kita ini hidup dalam kalangan pelbagai kaum.

Teori Tragedi 13 Mei jika dikupas boleh dilihat dalam pelbagai sudut. Namun, apa yang pasti, peristiwa hitam itu jika tidak dijadikan iktibar akan menyebabkan masalah perkauman akan terus berlaku.

Keharmonian masyarakat memang perlu kita jaga. Mengekalkan keharmonian merupakan satu cabaran buat semua pihak yang tinggal di Malaysia. Isu kuota dan juga keistimewaan memang sentiasa dibincangkan. Namun begitu, fokus pengajian kita di sini adalah untuk melihat akan kepentingan perpaduan sesama kita.

3. Laporan MAGERAN
4. Istilah kontrak sosial (daripada sumber yang dipercayai)
5. Kepentingan perpaduan
6. Sistem kuota

Saturday, January 30, 2010

BAHASA KEBANGSAAN





LAGU BAHASA JIWA BANGSA


Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita

Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa
Lagu/Lirik: Dol Ramli



Search and Download More Music Free


1. ASAL USUL BAHASA MELAYU
2. UNDANG-UNDANG BERKAITAN BAHASA KEBANGSAAN

RUKUN NEGARA


ANGKAT TANGAN KANAN!



Lagu menarik : 5 Prinsip rukun negara (lirik seperti di bawah)

Lima Prinsip Rukun Negara

Harus Menjadi Cara Hidup Kita
Bukan Sekadar Ikrar Sahaja
Sekali Sekala Dibaca Semata
Lima Prinsip Rukun Negara
Telah Menjadi Teras Perpaduan
Membentuk Satu Negara
Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa

Chorus

Amalkanlah Rukun Negara
Dalam Hidup Harian Kita
Tanpa Mengira Tua Muda
Mengekalkan Warisan Kita

Lima Prinsip Rukun Negara
Telah Menjadi Teras Perpaduan
Membentuk Satu Negara
Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa

Lima Prinsip Rukun Negara

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang Undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Itulah Lima Prinsip Rukun Negara







PENDIDIKAN SWASTA


KAYA BOLEH GI BELAJAR KAT SANA :D

1. KAJIAN BERKAITAN



PENJENAMAAN SEMULA TINGKATAN 6




TINGKATAN ENAM BEST DAN MENCABAR

DIRECT SELLING


JOIN MLM CEPAT KAYA

  • CIRI-CIRI

CIRI-CIRI SKIM ATAU PERKIRAAN PIRAMID

Ciri-ciri utama

1. Promosi sesuatu skim atau pampasan ialah semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan peserta atau pengenalan peserta dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid daripada jualan produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta.

2. Pampasan dibayar kepada peserta semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan atau pengenalan orang lain dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid berbanding jualan produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta atau orang lain.


Ciri-ciri kecil

1. Suatu kontrak bertulis atau pernyataan yang memperihalkan terma material perjanjian tidak disediakan kepada peserta yang menyertai skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.

2. Pembelian produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara atau bayaran minimum atau kehendak jualan secara berwajib dikenakan sebagai syarat untuk memenuhi kehendak kelayakan atau kehendak permulaan bagi penyertaan atau pampasan dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.

3. Peserta dikehendaki membeli produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara dalam amaun yang tidak munasabah yang melebihi jangkaan untuk dijual semula atau dibeli dalam suatu tempoh masa yang munasabah. Peserta tidak diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian tetapi mereka didesak membeli pakej produk terpilih untuk memenuhi kehendak jualan untuk melayakkan mereka mendapat kedudukan atau bonus dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.

4. Polisi bayar produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara yang dibeli oleh peserta atau pengguna tidak disediakan.

5. Polisi beli balik oleh pengendali skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid bagi produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara yang mendapat pasaran pada masa ini atas permintaan peserta dalam terma atau perjanjian yang munasabah tidak dibenarkan atau disediakan.

6. Kehendak struktur skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid yang ketat atau tidak munasabah bagi kelayakan peserta untuk diberi pampasan.

7. Pengunduran diri oleh peserta daripada skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid tidak dibenarkan.

8. Peserta dibenarkan atau digalakkan untuk membeli lebih daripada satu kedudukan atau hak untuk menyertai skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.



MAKANAN TAMBAHAN


1. Definisi makanan tambahan

PERTAHANAN




MEH PERTAHANKAN NEGARA

1. KEMENTERIAN DAN JABATAN YANG TERLIBAT

TENTERA KANAK-KANAK






KESIAN... beginilah nasib kanak-kanak di negara-negara konflik yang dipaksa sebagai tentera. Walaupun berada di usia mentah, kanak-kanak ini tampak matang dan arif mengendalikan senjata dan juga taktik peperangan.

Berikut adalah sumber-sumber berkaitan topik perbincangan ini. Namun begitu, kebanyakan sumber tersebut adalah dalam bahasa Inggeris.

Fakta berkaitan

Cara-cara menanganinya
2. USAHA-USAHA DI PERINGKAT ANTARABANGSA : THE PARIS COMMITMENTS

Friday, January 29, 2010

PENGANGKUTAN DI MALAYSIA


LRT LAJU BAS AJA MCM SIPUT


KTMB syor gerabak komuter ikut gender

2010/03/31


KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bercadang mewujudkan gerabak berasingan untuk penumpang lelaki dan wanita bagi perkhidmatan komuternya dalam usaha meningkatkan keselesaan para penumpangnya.

Presiden KTMB, Dr Aminuddin Adnan, berkata tinjauan yang dijalankan oleh KTMB menunjukkan 60 peratus penumpang KTM Komuter terdiri daripada kaum wanita dan selebihnya lelaki.

Katanya, jika keretapi komuter mempunyai tiga gerabak, satu gerabak akan diperuntukkan untuk mereka yang berkeluarga serta warga emas dalam usaha KTMB mewujudkan keselesaan penumpang serta meningkatkan mutu perkhidmatannya.

Bagaimanapun sebelum melaksanakan cadangan tersebut, ia perlu diperincikan bagi mengelakkan sebarang isu lain yang akan timbul, katanya kepada pemberita selepas melancarkan program "Customer Service Star Award 2009" dan program Ikhlas Dari Hati di sini hari ini.

Aminuddin berkata, langkah pengasingan gerabak ini telahpun dilaksanakan di Jepun dan beberapa negara di Eropah.

Sementara itu, beliau berkata perkhidmatan komuter KTMB akan mendapat 38 set gerabak unit gandaan elektrik (EMU) yang baru dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatannya.

Beliau berkata KTMB juga akan membaiki 15 set EMU yang lama dan usaha ini diharapkan dapat mengatasi masalah keretapi lambat tiba serta isu perjalanan dibatalkan.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan bila KTMB akan mendapat gerabak EMU baru itu, yang mampu meningkatkan jarak masa ketibaan antara satu komuter dengan satu komuter yang lain selama 7.5 minit.

"Penambahan gerabak itu adalah untuk menampung pertambahan penumpang komuter yang dijangka meningkat kepada 300,000 penumpang setiap hari," katanya.

Mengenai program Ikhlas Daripada Hati itu, beliau berkata ia adalah program KTMB yang memberi penekanan kepada tiga nilai perkhidmatan cemerlang iaitu empati, mesra dan ikhlas (EMI) yang akan diamalkan oleh kakitangan KTMB bermula esok hingga 31 Mei ini dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan.

Beliau berkata, sepanjang tempoh program itu, seluruh kakitangan KTMB akan memakai butang lencana "Ikhlas Daripada Hati" sebagai tanda komitmen dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan. - Bernama


Penduduk Kajang bosan tunggu bas

Oleh Rosyahaida Abdullah
am@hmetro.com.my
2010/08/06

“Paling mengecewakan, perkhidmatan bas untuk ke bandar Kajang juga tiada menyebabkan semua penduduk di sini tiada pilihan lain selain berebut-rebut menaiki komuter yang sememangnya sesak dan sering lambat daripada jadual asal,” kata Rajendra Kumar, 31, pengguna perkhidmatan kenderaan awam yang mengeluh dengan perkhidmatan bas yang tidak memuaskan di Bandar Seri Putra, di sini.

Dia yang bekerja sebagai pekerja am mengharapkan pihak berwajib mengambil inisiatif atas masalah itu memandangkan penduduk sekitar yang bergantung pada perkhidmatan kenderaan awam menghadapi kesukaran untuk ke bandar Kajang dan Kuala Lumpur.

Andi Nur Haryati Buchari, 18, pula berkata dia akan menumpang rakan untuk ke bandar Kajang atau Kuala Lumpur memandangkan perkhidmatan bas mini dan komuter sedia ada sering sesak terutamanya pada waktu pagi dan petang.

“Kenderaan awam memang patut disediakan kerana kebanyakan urusan penting memerlukan kami untuk pergi ke Kuala Lumpur,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di sini.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datin Naimah Ramli, berkata pihaknya akan membuat penyiasatan dan penelitian berkaitan perkhidmatan bas sedia ada di kawasan terbabit.

“Pihak kami akan mencadangkan kepada pihak bas mini yang terbabit supaya menambahkan kekerapan perkhidmatan pada waktu puncak serta melanjutkan perjalanan sehingga ke bandar Kajang.

“Lesen boleh ditawarkan kepada syarikat bas untuk memberikan perkhidmatan mereka di kawasan terbabit namun keputusan bergantung kepada syarikat bas terbabit untuk menawarkan perkhidmatan mereka di situ,” katanya.

Tinjauan Metroplus di kawasan berkenaan mendapati kekerapan perjalanan bas mini sangat kurang namun penumpang juga tidak begitu ramai.

Penduduk mengharapkan perkhidmatan kenderaan awam yang lebih sempurna disediakan memandangkan masih ramai penduduk di kawasan berkenaan yang bergantung sepenuhnya pada kenderaan awam untuk ke sesuatu tempat terutamanya tempat yang jauh.

Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Bagi Nuha, Raya tahun ini dia tetap akan 'balik kampung' meskipun tambang bas dinaikkan.

"Kalau tak balik, nak beraya di mana?" tanya anak kelahiran Perak ini. Dia sudah bersedia untuk membayar lebih daripada RM21 yang biasa dibayar untuk perjalanan empat jam Kuala Lumpur-Taiping.

Pengumuman kenaikan tambang bas ekspres dan bas henti-henti sebelum Aidilfitri ini sudah tentunya bukan sesuatu yang dialu-alukan oleh anak kelahiran Perak ini, mahu pun mereka yang menjadi pengguna setia perkhidmatan bas.

Suka atau tidak, kenaikan ini tidak dapat dielakkan akibat kos tinggi operasi termasuk harga diesel yang naik kepada RM1.43 seliter berbanding 71 sen sejak kali terakhir tambang bas dinaikkan pada 2005.

Meskipun kenaikan tidak akan menjangkau 100 peratus seperti yang diminta Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA), pengguna bas pasti merasa keperitan, walaupun sedikit.

Ini memandangkan kenaikan sara hidup yang semakin melonjak sejak kerajaan menaikkan harga petrol daripada RM1.92 kepada RM2.70 seliter dan diesel daripada RM1.58 kepada RM2.58 seliter awal Jun lepas.

Kenaikan bahan api itu juga melonjakkan kadar inflasi yang mencecah 7.7 peratus, tertinggi sejak 26 tahun lalu.

JADI PENGGUNA TERPAKSA

Ekoran pengstrukturan semula subsidi petrol dan diesel Jun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan akan memberi keutamaan terhadap usaha dan langkah meningkatkan sistem pengangkutan awam.

Kata beliau, liputan sistem rel transit bandar akan diperluas dan lebih banyak terminal pengangkutan awam bersepadu akan dibina.

Di samping itu, kecekapan perkhidmatan komuter, bas dan teksi juga akan ditingkatkan bagi mengurangkan penggunaan kereta persendirian khususnya di Lembah Klang.

Kenyataan itu pasti melegakan banyak pihak khususnya mereka yang bakal menjadi 'pengguna terpaksa' pengangkutan awam kerana tidak dapat lagi menanggung kos tinggi membeli petrol.

Alasan "tidak selesa", "leceh" dan "lambat" yang sering digunakan kepada soalan mengapa tidak menggunakan pengangkutan awam, mungkin tidak akan kedengaran lagi.

TREND MEMBIMBANGKAN

Mungkin juga ada yang tidak menghiraukan kenaikan harga petrol ini dan masih menyimpan angan-angan untuk memiliki kenderaan sendiri. Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) pernah menjalankan tinjauan mengenai pengangkutan awam sebelum kenaikan harga petrol.

Tinjauan yang dibuat ke atas 1,000 orang belia, antaranya adalah untuk melihat trend masa depan penggunaan pengangkutan.

Daripada 1,000 responden, 26 peratus menggunakan pengangkutan awam sementara yang lain menggunakan kereta ibu bapa atau mempunyai kereta sendiri. Kesemua responden lebih suka mempunyai kereta sendiri.

Bagi Fomca, trend berkenaan membimbangkan. "Apakah jalan raya kita boleh menampung pertambahan kenderaan yang banyak dan apakah kita mempunyai cukup petrol untuk menggerakkan kereta-kereta ini?" soal Presiden Fomca, Datuk N. Marimuthu.

Bagi beliau, yang membimbangkan lagi ialah golongan belia yang juga bakal pemimpin masa depan menjadikan pemilikan kereta sendiri sebagai matlamat hidup mereka.

"Kalau begitulah pendirian mereka, apalah agaknya nanti dasar kerajaan di masa depan?" soalnya.

PERLU PENGANGKUTAN AWAM YANG LEBIH BAIK

Walau apa pun senarionya, Marimuthu berkata Malaysia memerlukan sistem pengangkutan yang lebih baik supaya rakyat dapat menggunakan pengangkutan awam secara lancar dan tersusun.

Beliau yang juga kerap menggunakan pengangkutan awam terutamanya tren Transit Aliran Ringan (LRT) mempunyai satu senarai sebab mengapa pengangkutan awam di Malaysia dipinggirkan oleh sesetengah pengguna. "Pengguna mahukan persekitaran yang selesa ketika berada dalam pengangkutan awam. Perasaan selesa ini adalah faktor penarik. Ketidakselesaan akan menjadi faktor penolak.

"Keselesaan mesti diletakkan sebagai komponen penting dalam industri pengangkutan. Keadaan yang bersesak-sesak seperti tin sardin perlu dielakkan. Pengusaha pengangkutan perlu membuat unjuran pertumbuhan dari segi bilangan pengguna bagi mengelakkan keadaan itu," kata Marimuthu kepada Bernama baru-baru ini.

Menurut beliau, kecekapan perkhidmatan pengangkutan awam bermula daripada kaunter tiket atau bagi sesetengah bas, pemandu adalah penjual tiket. Khidmat yang pantas, maklumat yang baik, kemudahan tempahan, pilihan laluan serta ketepatan waktu menjadi petunjuk yang menjamin pengguna akan terus menggunakan satu-satu pengangkutan awam itu.

"Dalam kebanyakan kes, mereka yang menggunakan pengangkutan ini mungkin tidak akan sampai ke tempat yang dituju pada waktu yang diperlukan.

"Kegagalan itu akan menyebabkan pengguna menjadi tawar hati. Ramai juga yang berhenti menggunakannya kerana keadaan yang bersesak-sesak pada waktu puncak," jelas Marimuthu.

PERLU PENYELENGGARAAN KERAP

Untuk memberikan perkhidmatan yang memuaskan, pengangkutan awam perlu diselenggara dengan baik. Cuma, seperti kata Presiden Fomca ini, budaya penyenggaraan di negara ini tidak menunjukkan rekod yang baik.

"Penyenggaraan berjadual, penyenggaraan pencegahan dan pembaikan adalah sebahagian daripada pengurusan operasi penyedia perkhidmatan. Ini perlu dirancang dan diperiksa bukan sahaja untuk keselamatan tetapi juga kebolehpercayaan," jelasnya.

Marimuthu berkata apabila permintaan untuk pengangkutan awam semakin meningkat, pembaikan atau meningkatkan teknologi penyenggaraan adalah penting.

Dalam masa yang sama, beliau berkata penting juga untuk memilih teknologi yang tepat dan sesuai bagi menampung permintaan penyenggaraan dan memastikan keberkesanannya.

CADANGAN FOMCA

Beliau berkata satu dasar bersepadu diperlukan untuk menggariskan masa depan sektor pengangkutan negara.

Dasar berkenaan perlu mengambil kira semua dasar yang ada dan membuat integrasi untuk memastikan kelancaran pelaksanaan.

Proses membangunkan dasar bersepadu ini juga perlu membabitkan penyertaan semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam sektor pengangkutan supaya suara dan pandangan mereka diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat.

Dalam soal menangani isu pengangkutan, Marimuthu berpendapat ia perlu diuruskan oleh sebuah pertubuhan sahaja.

Beliau turut mencadangkan Sistem Pengangkutan Berintegrasi (ITS) yang dapat menyelesaikan isu pengangkutan awam di negara ini.

APA DIA ITS

ITS yang menurut Marimuthu berasaskan model sistem pengangkutan awam Singapura dan Jepun, membabitkan satu sistem bagi semua pengangkutan dengan beberapa pengusaha.

Cadangan Fomca mengenai ITS ini, katanya, dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan juga jawatankuasa kecil kabinet mengenai pengangkutan awam.

"Idea ini mungkin seakan sama dengan RapidKL tetapi apa yang diperlukan ialah lebih banyak peringkat disediakan untuk mengumpul penumpang dan ini yang boleh ditangani sepenuhnya oleh RapidKL.

"Pengguna tak kisah berjalan 100 atau 200 meter untuk naik bas tetapi apa yang dikehendakkinya ialah dia boleh sampai ke destinasinya dengan lebih pantas dengan menggunakan pengangkutan awam berbanding jika dia menggunakan eknderaan sendiri," jelasnya.

Di bawah sistem ITS, pengguna mempunyai pilihan untuk memilih syarikat berdasarkan kepuasan perkhidmatan.

Di bawah sistem satu bumbung ini juga, terdapat jaringan antara perkhidmatan pengangkutan utama dengan perkhidmatan pengangkutan sokongan bagi kemudahan pengguna.

"Apa yang perlu dipastikan ialah tidak ada monopoli di bawah sistem ITS ini sebaliknya ia mesti berasaskan persaingan sihat," kata Marimuthu.

Bagi memastikan perjalanan sistem yang lancar, beliau berkata penguatkuasaan diperlukan untuk mutu perkhidmatan dan aspek keselamatan.

"Mana-mana syarikat yang tidak menepati peraturan atau menerima aduan terbanyak perlu dibatalkan lesen," jelas beliau.


-- BERNAMA


PERSEDIAAN P&P




1. SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT


2. MASALAH YANG DIHADAPI PENGANGKUTAN AWAM DARAT


3. HALA TUJU PENGANKUTAN AWAM BANDAR


4. CONTOH KAJIAN PENGANGKUTAN DI BANDAR : ISU DAN PENYELESAIAN


5. LANGKAH MENGATASI MASALAH







MASALAH KAJIAN


MESTI ADA PROB... SEBAB TU NAK KAJI

INOVASI

PANDAI MENCIPTA BOLEH KAYA



LAMAN WEB MyIdeas


Pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai program bagi mewujudkan masyarakat berinovasi. berikut merupakan antara usaha kerajaan bagi memupuk minda kreatif dalam kalangan rakyat Malaysia.






Caranya mudah.


Marilah kita jayakan hasrat murni kerajaan ini.







KOMUNIKASI


TEKNOLOGI KOMUNIKASI

Teknologi digital yang semakin berkembang merupakan pemangkin kepada teknologi komunikasi di Malaysia. Menyedari kepentingan teknologi komunikasi dalam pelbagai bidang, kerajaan telah melancarkan satelit .

BIODIESEL



TENAGA ALTERNATIF


KEPENTINGAN TENAGA ALTERNATIF

LANGKAH-LANGKAH MENGGALAKKAN PENGGUNAAN TENAGA ALTERNATIF

KAJIAN BERKAITAN

JOM : FOR FUN - WIRA ALAM

RASUAH




DAH AMIK TAK NGAKU PILAK....


2. PUNCA-PUNCA RASUAH


Kaji punca rasuah di kalangan penjawat awam: Cuepacs



KUALA LUMPUR: Cuepacs semalam menggesa supaya kerajaanmenjalankan satu kajian bagi mencari punca penjawat awam, terutama mereka yang berada dalam kumpulan sokongan, terbabit dalam rasuah.Setiausaha Agungnya Ahmad Shah Mohd Zin berkata pemerhatian Cuepacs sejak beberapa tahun lepas mendapati bahawa skala gaji yang rendah dan kos sara hidup yang tinggi mungkin menjadi antara faktor penjawat awam terlibat dengan rasuah.

Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Zakaria Jaafar, bahawa penjawat awam merupakan kumpulan tertinggi yang terbabit dengan rasuah tahun lepas.

Daripada 191 penjawat awam yang disyaki terbabit, 160 daripadanya adalah dari kumpulan sokongan.

Ahmad Shah memberitahu Bernama bahawa mungkin ada banyak lagi sebab lain mengapa rasuah wujud dalam perkhidmatan awam, dan adalah penting bagi kerajaan mencari punca sebenar gejala ini dan mengambil langkah mengatasinya dengan segera.

“Cuepacs tidak pernah menyokong amalan rasuah, dan sentiasa menasihatkan penjawat awam supaya melaporkan kepada ketua jabatan masing masing sekiranya mereka ditawar dengan rasuah,” katanya.

Ahmad Shah berkata pemerhatian mendapati bahawa skala gaji penjawat awam, terutama dalam kumpulan “petugas penguatkuasaan” dalam negara amat rendah berbanding negara lain.

Beliau memberi contoh seorang konstabel di Taiwan dibayar gaji RM14,000 sebulan berbanding RM800 hingga RM1200 di Malaysia. — Bernama





2. AKIBAT RASUAH
3. LANGKAH-LANGKAH MENANGANI

DISIPLIN PELAJAR


BERBAJU SEKOLAH, TAPI.....

TEKS / ARTIKEL BERKAITAN
Hukuman antara cara terbaik atasi masalah disiplin di sekolah

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran digesa mempraktikkan hukuman sebat mengikut kaedah syarie jika ia dilihat langkah terbaik bagi mendidik pelajar mengikut hukum Islam.

Selain itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata hukuman itu perlu dilakukan ibu bapa terhadap anak mereka di tempat tertutup di sekolah. Katanya, prinsip hukuman dalam Islam untuk memberi pengajaran kepada pesalah dan khalayak supaya insaf, sekali gus memungkinkan hukuman itu menjadi alternatif terbaik mengatasi masalah disiplin pelajar.

“Ibu bapa perlu dipanggil ke sekolah untuk melakukan hukuman sebat terhadap anak mereka. Jika ibu bapa tidak mahu dan takut untuk melakukannya, hukuman berkenaan boleh dilakukan guru dengan ibu bapa bertindak sebagai saksi,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas pelaksanaan hukuman rotan di sekolah untuk mengatasi disiplin pelajar.

Terbaru, seorang eksekutif wanita dibelasah enam pelajar perempuan Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, di depan anaknya dan puluhan pelajar lain, kelmarin.
Mohammad berkata, masyarakat perlu diberi kefahaman secukupnya sebelum hukuman mengikut hukuman Islam itu dijalankan.

Sementara itu, pembaca Berita Harian Online meminta Kementerian Pelajaran mengembalikan kuasa guru merotan dalam usaha mendidik pelajar menjadi lebih disiplin, berikutan banyak kes keganasan berlaku sekarang sehingga menimbulkan kebimbangan banyak pihak.

Tindakan itu perlu dilakukan segera kerana kegagalan membendung masalah disiplin pelajar menyebabkan budaya samseng dan buli di kalangan mereka semakin berkembang yang akhirnya mewujudkan suasana tidak selamat ketika di sekolah.

Mereka berkata, keadaan sekarang berbeza kerana kebanyakan ibu bapa tidak boleh menerima tindakan guru seperti itu, sehingga menyebabkan perlakuan anak mereka yang melanggar disiplin semakin tidak terkawal.

sumber:bharian


DISIPLIN OH DISIPLIN....

LUAHAN HATI MASYARAKAT

CETI HARAM


KAMI MAHU TOLONG SAJA....

1. DEFINISI
2. PUNCA TERLIBAT DENGAN JENAYAH ALONG
3. LANGKAH BAGI MENGATASI MASALAH JENAYAH ALONG (1) (2) (3)




PLKN

SATU HASRAT, SATU SEMANGAT, SATU TEKAD

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR TERPILIH UNTUK MELALUI PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA!

PLKN bukanlah satu bentuk latihan kerahan tenaga seperti yang dilaksanakan di Singapura. Malah latihan acuan Malaysia ini sebenarnya bertujuan untuk menangani beberapa masalah yang dihadapi negara dan masalah ini sebenarnya merupakan ancaman utama kepada kestabilan negara iaitu ancaman perkauman dan juga kehilangan jati diri dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan remaja dan belia.

PLKN memberi kesedaran kepada peserta untuk melihat kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Seperti yang kita semua tahu, perpaduan penting bagi menjana perkembangan ekonomi dan politik negara. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Namun begitu, tidak semua kaum ini berpeluang untuk berinteraksi sesama mereka disebabkan oleh beberapa jurang yang wujud seperti jurang petempatan penduduk dan juga jurang ekonomi. Sebagai contoh, di kawasan bandar dan di kawasan elit terdapat ramai penduduknya dari kalangan kaum Cina manakala di kawasan pinggir bandar dan kawasan kampung pula terdapat lebih ramai kaum Melayu dan India. Jika interaksi sesama kaum ini kurang, maka tidak hairanlah jika terdapatnya perasaan syak wasangka dan benci membenci wujud dalam kalangan masyarakat. Justeru, PLKN sebenarnya memberi peluang kepada masyarakat terutamanya golongan belia untuk berinteraksi sesama mereka mamandangkan bahawa mereka berpeluang untuk bercampurgaul dengan peserta daripada pelbagai kaum dan pelusok negara serta turut diberi modul-modul berkaitan konsep kenegaraan Malaysia. usaha ini sudah pasti mampu mewujudkan intergrasi antara kaum.

Perwatakan positif dan nilai-nilai murni diharapkan dapat diterapkan melalui PLKN. Maklumlah... remaja... Remaja cenderung untuk melakukan perbuatan yang negatif dan membuang masa seperti terlibat dalam gejala dadah, melepak dan lain-lain lagi. Mereka juga cenderung untuk terikut budaya negatif seperti pergaulan bebas yang boleh membawa kepada masalah pembuangan anak. Semua unsur negatif ini mestilah ditegah melalui program khusus seperti PLKN. PLKN dapat membuka mata remaja akan impak terbuai dalam tabiat buruk yang akhirnya membawa kepada kemusnahan diri sendiri. Lawatan ke rumah orang tua, program pembersihan sungan dan kawasan tepi pantai merupakan antara aktiviti yang membantu memupuk sikap positif dalam kalangan remaja.

Tambahan lagi, pemupukan nilai seperti ini sudah pasti dapat menegah masalah jati diri dalam kalangan remaja yang seringkali mangagungkan kehidupan hedonisme barat. Mereka perlu disedarkan bahawa kehidupan atas dasar keseronokan semata-mata tanpa panduan kehidupan yang sebenarnya merupakan satu bentuk kehidupan yang sia-sia. Remaja harus disedarkan dengan matlamat insan untuk hidup di dunia ini.

Terdapat banyak isu yang dikupas berkaitan topik ini. Namun begitu, apa yang penting di sini ialah kerjasama daripada masyarakat dalam menjayakan matlamat pelaksanaan program ini. Janganlah pula isu murni ini dipolitikkan. Ibu bapa juga seharusnya memainkan peranan yang penting dalam memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai program ini dan bukanlah dengan mencari pelbagai alasan untuk mengelakkan anak menghadiri 'panggilan terhormat' ini.

1 Malaysia 1 Matlamat dan sudah pasti semua dapat faedahnya melalui PLKN.





KAWALAN HARGA



1. MEMAHAMI PENENTUAN HARGA BARANGAN

PELANCONGAN


JANGAN MELENCONG


2. PELANCONGAN SEBAGAI SUMBER PENDAPATAN

4. USAHA MENGGALAKKAN INDUSTRI PELANCONGAN
5. JENIS-JENIS PELANCONGAN