Friday, January 29, 2010

CETAK ROMPAK


KENAPA TAK TURUNKAN HARGA???

Cetak rompak digital semakin berleluasa di Malaysia. Hal ini disebabkan oleh teknologi digital yang semakin canggih dapat dihasilkan seperti ipod, mp3, video mudah alih, PS2 mudah alih dan lain-lain lagi. semua peralatan digital ini tidak mempunyai makna tanpa isinya. Justeru, ramai perompak maya yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan memasarkan hasil rompakan mereka kepada masyarakat.

Tidak seperti perompak alam realiti, perompak maya lebih mudah bersembunyi daripada 'tembakan' pihak berkuasa. Hasil rompakan mereka pula mendapat sambutan rakyat dan kerana permintaan daripada masyarakat inilah menyebabkan mereka terus bertahan dan semakin bermaharajalela.

Persoalannya, mengapakah gejala ini dibiarkan terus berlaku oleh pihak berkuasa tanpa mencari akar umbinya yang sebenarnya?? Persoalannya juga, apakah akar umbi yang perlu dicari oleh pihak berkuasa? Adakah pengusaha cetak rompak merupakan dalang sebenar disebalik permasalahan ini?


No comments: