Friday, January 29, 2010

KESENIAN TRADISIONAL




AKU SUKA AKAN BEG ANYAMAN

Betul! Beg anyaman yang aku beli dengan harga RM30 di Masjid India memang menjadi kegemaranku untuk dibawa ke sekolah. Begnya cantik.... badannya pun tahan lasak. Kalau kusimpan buku pelajarku dalam beg tersebut, buku pelajarku pun tak mudah rosak. Tapi.... rosak pula bahagian pemegangnya kerana mungkin telah makan hari akibat membawa buku yang berat setiap hari selamat 3 tahun yang lalu.

Adakah kegemaranku terhadap barangan anyaman ini akan menjadikanku nampak tidak moden? Maklumlah... dewasa ini, konsep moden seringkali mendapat pemerhatian dalam segala aspek kehidupan, daripada cara berpakaian. tema untuk hiasan rumah, malah cara seseorang bersosial juga perlu moden!

Kesenian tradisional sebenarnya masih mendapat perhatian dalam hati masyarakat. Kita lihat sahaja reka bentuk bangunan yang berunsurkan ciri-ciri tradisional yang direka oleh arkitek tersohor di Malaysia.

Malah kesenian tradisional dalam perainan juga kini tidak mendapat perhatian kanak-kanak lagi. Lihat sahaja anak buahku sendiri yang lebih gemar bermain dengan PS2 dan bukan dengan permainan tradisional yang lain. Permainan tradisional sebenarnya mampu menajamkan minda kanak-kanak dan juga menyihatkan tubuh badan kerana banyak melibatkan fizikal tubuh badan juga. Terdapat banyak permainan tradisional yang boleh dimainkan oleh setiap lapisan masyarakat. Senarai jenis permainan tradisional boleh dilihat di sini.

Seni hiburan tradisional juga kini bukanlah menjadi perhatian masyarakat. Seni hiburan tradisional kini tidak lagi diamalkan dalam kehidupan seharian seperti masyarakat tradisional dahulu. Hal ini disebabkan oleh perkembangan teknologi maklumat yang dan hiburan yang lebih mudah dan menyeronokkan seperti menonton televisyen dan mendengar lagu. Permainan tradisional seperti permainan wau dan persembahan tradisional seperti persembahan dikir barat, syair, nyanyian ghazal dan tarian kuda kepang merupakan aktiviti masa senggang masyarakat Melayu dahulu. Namun begitu, kini aktiviti ini menjadi persembahan di majlis-majlis rasmi. Sekurang-kurangnya, kesenian tradisional ini masih lagi wujud dan dipertahankan serta masih mendapat perhatian pihak kerajaan.

Kesenian tradisional juga boleh dilihat daripada hasil senibina bangunan yang mengekalkan ciri-ciri unik senibina Melayu dan juga senibina romawi, arab dan lain-lain lagi. Keunikan bentuk senibina rumah Melyu telah mendapat perhatian pelbagai pihak untuk dikaji apatah lagi seni rekabentuk rumah Melayu tradisional juga merupakan adaptasi daripada budaya lain [Sila klik]. Rumah Perak juga memperlihatkan kesenian Melayu yang unik dan menarik.

Apa-apa pun, kesenian yang kita ada merupakan warisan negara yang amat berharga. Kita mestilah mempertahankan warisan in dengan apa-apa cara sekalipun walaupun ini turut bermakna kita perlu mengadaptasi dengan perkembangan moden. Kita perlu ingat bahawa adaptasi adalah lebih baik daripada hilang begitu sahaja. Namun begitu, keaslian bentuk warisan ini juga hendaklah tidak dilupakan begitu sahaja apatah lagi bangunan-bangunan ini sebenarnya boleh menjadi daya tarikan pelancong ke negara ini.









Rumah Limas di Teluk Danga Johor yang menjadi daya tarikan pelancong.


Rumah tradisional Terengganu



No comments: