Friday, January 29, 2010

LAMBAKAN BARANG NEGARA CHINA


MALAYSIA PUNYA BARANG TAK ADA

Negara China kini menjadi tumpuan negara-negara lain untuk menghasilkan barangan mereka disebabkan oleh harga guna tenaga yang murah di sana. Harga guna tenaganya yang murah disebabkan oleh penduduk negara China yang ramai iaitu 1.3 billion (2005) malah telah mencatatkan sebagai negara yang paling tinggi populasinya. Sumber tenaga pekerjanya yang murah turut didorong oleh kesanggupan rakytnya yang bekerja sepenuh masa dan ini memberikan keuntungan kepada pihak pengeluar terutamanya. Pendapatan pekerja kilang di negara ini adalah lebih kurang RM300-600 sebulan manakala pendapatan pekerja kilang di Malaysia ialah RM870 seorang termasuk elaun. tenaga yang murah ini juga disebabkan oleh lambakan tenaga kurang mahir yang menyebabkan gaji murah diberikan.

Selain daripada, faktor kekayaan hasil bumi arang batu, bijih besi dan emas di negara China membolehkan perkembangan ekonomi yang pesat dan menggalakkan pelaburan dari luar negara.

Semua ini memberikan sebab penghijrahan banyak syarikat dan kilang daripada negara luar ke negara China yang cuba mengeksploitasi sumber yang tedapat di negara China dengan modal yang rendah tetapi mendapat pula keuntungan yang tinggi apabila barangan dieksport semula keluar dari negara China. Keasyikan mengejar keuntungan yang berlipat kali ganda telah turut mendorong pihak yang tidak bertanggungjawab yang tidak memantau kualiti barangan: harga murah, kualiti barangan turut rendah. Barangan jenama ternama dunia yang dihasilkan di negara China, yang dipantau dengan baik, masih menjaga kualitinya namun begitu, terdapat pula beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba meniru hasil asli sesuatu barangan agar dapat dipasarkan dengan harga yang lebih murah apatah lagi hasil dan kualitinya tidak jauh beza dengan yang asli. Teknik ini juga dikenali sebagai 'reverse engineering' atau boleh kita fahami dengan istilah yang agak kasar iaitu bahan tiruan. Maka tidak hairanlah jika kita mudah mendapati kasut Crocs buatan China yang kini boleh dibeli di pasar-pasar malam.

Masalah lambakan dari negara China ini amat merimaskan pelbagai pihak sebenarnya kerana negara pengimport berasa ragu-ragu akan kualiti barangan kerana khutir barangan keluaran boleh menjejaskan kesihatan. Tambahan lagi, ramai juga umat Islam yang ragu-ragu akan status kehalalan barang ini.

Justeru, masalah lambakan dari negara China boleh diatasi jika pihak kerajaan bekerjasama dengan pihak serantau ASEAN dalam mendapatkan kawasan perindustrian yang dapat membantu pengeluar menghasilkan barangan mereka dengan lebih murah. Negara Vietnam sebenarnya berpotensi dalam membantu negara ASEAN mencapai matlamat ini. Malah, kerjasama ekonomi ini dapat membantu negara berpendapatan rendah ini dari segi ekonomi dan sekali gus dapat membantu dan menaikkan ekonomi serautau yang boleh memberi kesan kepada negara jiran yang lain.

MASALAH PEKERJA KILANG DI NEGARA CHINA


No comments: