Tuesday, January 19, 2010

PROSES PENYELIDIKAN - TINJAUAN MINAT

OBJEKTIF : Pelajar diperkenalkan dengan proses penyelidikan. Pelajar akan mengenalpasti minat mereka bagi memudahkan tajuk dipilih.

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar dapat mendefinasikan kajian primer dan kajian sekunder

Pelajar dapat menyenaraikan proses-proses penyelidikan

Pelajar terlibat secara aktif dalam perbincangan kelas bagi menilai minat mereka terhadap sesuatu bidang

Pelajar dapat menggunakan peta semantik bagi menghasilkan satu senarai minat.

Pelajar dapat berbincang dengan guru-guru daripada pelbagai bidang bagi membantu dalam penghasilan penulisan ilmiah / kajian penyelidikan.

Pelajar dapat memilih tajuk yang lebih khusus terhadap tajuk/bidang yang paling diminati.

Pelajar dapat menyenaraikan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan bidang yang dipilih.

Pelajar mendapatkan bantuan guru untuk menganalisa tajuk yang dipilih.

BAHAN

Langkah-langkah dalam proses kajian tindakan (Johnson, 2005)

BENTUK STRATEGI DAN PENILAIAN YANG DICADANGKAN

Adakah topik tersebut remeh?

Adakah pelajar benar-benar berminat terhadap topik tersebut?

Adakah topik tersebut berpotensi untuk diselidiki?

Adakah topik yang dipilih masih terlalu umum?

Adakah informasi untuk topik tersebut mudah didapatkan?

Terdapatkan pakar yang boleh memberi khidmat nasihat?

Bolehkah topik digunakan dalam kajian tindakan?

No comments: