Friday, January 29, 2010

RASUAH




DAH AMIK TAK NGAKU PILAK....


2. PUNCA-PUNCA RASUAH


Kaji punca rasuah di kalangan penjawat awam: Cuepacs



KUALA LUMPUR: Cuepacs semalam menggesa supaya kerajaanmenjalankan satu kajian bagi mencari punca penjawat awam, terutama mereka yang berada dalam kumpulan sokongan, terbabit dalam rasuah.Setiausaha Agungnya Ahmad Shah Mohd Zin berkata pemerhatian Cuepacs sejak beberapa tahun lepas mendapati bahawa skala gaji yang rendah dan kos sara hidup yang tinggi mungkin menjadi antara faktor penjawat awam terlibat dengan rasuah.

Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Zakaria Jaafar, bahawa penjawat awam merupakan kumpulan tertinggi yang terbabit dengan rasuah tahun lepas.

Daripada 191 penjawat awam yang disyaki terbabit, 160 daripadanya adalah dari kumpulan sokongan.

Ahmad Shah memberitahu Bernama bahawa mungkin ada banyak lagi sebab lain mengapa rasuah wujud dalam perkhidmatan awam, dan adalah penting bagi kerajaan mencari punca sebenar gejala ini dan mengambil langkah mengatasinya dengan segera.

“Cuepacs tidak pernah menyokong amalan rasuah, dan sentiasa menasihatkan penjawat awam supaya melaporkan kepada ketua jabatan masing masing sekiranya mereka ditawar dengan rasuah,” katanya.

Ahmad Shah berkata pemerhatian mendapati bahawa skala gaji penjawat awam, terutama dalam kumpulan “petugas penguatkuasaan” dalam negara amat rendah berbanding negara lain.

Beliau memberi contoh seorang konstabel di Taiwan dibayar gaji RM14,000 sebulan berbanding RM800 hingga RM1200 di Malaysia. — Bernama





2. AKIBAT RASUAH
3. LANGKAH-LANGKAH MENANGANI

No comments: