Friday, January 29, 2010

WANITA MODEN


SAJAK KITA HEBAT
(KHAS UNTUK SEMUA WANITA DI DUNIA)
Nukilan Hannirm

SIAPA KATA KITA TAK HEBAT?

BUKANKAH TANGAN KITA INI TANGAN YANG MENGGONCANGKAN BUAIAN?
INSAN HEBAT DI DUNIA, KITA LAHIRKAN
SESIAPA SAHAJA... CUBA NAMAKAN....
OBAMA? MUHAMMAD S.A.W? ISA? ABU? AH SENG ? RAJU? ANDREW?
SEMUANYA KITA LAHIRKAN

TANGAN INI
MEMBERI MAKAN
BERKAT AIR TANGAN
BERKAT KASIH SAYANG
UNTUK INSAN TERSAYANG

KITA PUN MENGGONCANG DUNIA...
SITI KHADIJAH YANG SETIA
MOTHER TERESA...
DUIT MALAYSIA PUN DITANDATANGANI WANITA HEBAT KITA
TAHNIAH ZETI AKHTAR KITA

DI UNIVERSITI,
TERSERLAH KEHEBATAN KITA,
SEMUANYA BERKOBAR MENIMBA ILMU
UNTUK MEMBINA NEGARA BANGSA

ITULAH KITA
WANITA,
ANAK,
ISTERI,
MALAH JUGA KETUA

TAHNIAH UNTUK KITA....
KITA HEBAT!





No comments: