MENGENAI BLOG

Blog Sebelum ke Kelas merupakan merupakan satu blog yang bertujuan untuk membantu guru-guru dan para pelajar memahami sesebuah topik dengan lebih mendalam sebelum mereka membincangkannya di dalam kelas semasa P&P dilaksanakan.

Jika diperhatikan, blog ini sebenarnya menyediakan capaian ke laman-laman blog yang lain atau pautan-pautan berkenaan.  Semua maklumat berkaitan sesuatu topik tidak huraikan dengan lengkap di sini.  Hal ini demikian kerana seseorang guru sebenarnya merupakan mediator kepada para pelajar untuk mendapatkan sesuatu maklumat.  Penguasaan pencarian maklumat itu sebenarnya haruslah berada di tangan pelajar.  Lebih banyak mereka meneroka alam maya, maka lebih banyak juga ilmu yang boleh mereka peroleh.  Namun begitu, penerokaan alam maya untuk mendapatkan sesuatu maklumat boleh menjadikan seseorang leka dan akhirnya tugasan yang perlu dilaksanakan tidak dapat dibuat dalam masa yang ditetapkan kerana kekurangan masa untuk menyediakan bahan pembentangan disebabkan 'terlebih' maklumat di tangan.  Perkara yang penting di sini adalah bagi membolehkan para pelajar memahami beberapa konsep asas yang yang penting tentang sesuatu topik yang dibincangkan.

Bagi seseorang guru pula, blog ini sebenarnya membantu guru tersebut untuk penyediaan P&P.  Senarai sub-topik yang disediakan sebenarnya merupakan antara objektif pembelaran dan pengajaran yang  perlu dicapai oleh para pelajar.  Pada setiap topik tersebut juga dicadangkan beberapa tajuk esei yang  perlu disediakan.

Sesuai dengan nama blog ini, seseorang guru seharusnya memperkenalkan topik yang akan diajarkan atau dibincangkan kepada pelajar sekurang-kurangnya seminggu sebelum tajuk ini dibincangkan.  Guru-guru seharusnya membahagikan para pelajar kepada beberapa kumpulan mengikut  sub-topik yang di telah disenaraikan.  Setiap kumpulan pula akan memilih satu sub-topik pilihan untuk dibentangkan di dalam kelas nanti.  Pembahagian topik tidaklah boleh bertindih dengan topik kumpulan lain.

Penyediaan rancangan pelajaran guru bolehlah disesuaikan mengikut kreativiti guru tersebut.  Guru boleh menggunakan pelbagai media dan bahan cetak bagi memantapkan lagi proses P&P.  Saya sendiri amat berharap agar saya dapat menjadikan blog ini sebagai sumber ilmu yang penting dan lebih menarik pada masa hadapan.  harapan saya yang seterusnya adalah untuk  mendapatkan viseo-video yang menarik yang boleh membantu para guru untuk menggunakannya sebagai bahan P&P pada pasa hadapan.

Diharapkan agar blog ini dapat membantu mana-mana guru dan juga pelajar untuk terus berdaya maju dan kreatif dalam usaha mendapatkan ilmu kurniaan Tuhan.

Sekian

No comments: